SIRI LANJUTAN PERSEDIAAN KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM KEWANGAN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SIRI LANJUTAN PERSEDIAAN KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM KEWANGAN

SIRI LANJUTAN PERSEDIAAN KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM KEWANGAN

SERDANG – 18 Mei 2023 : Lanjutan daripada siri latihan pada bulan April 2023, Pejabat Bursar UPM telah mengadakan sambungan latihan penggunaan sistem kewangan baharu iaitu Sistem Government Resource Planning (GRP) khusus untuk semua staf Pusat Tanggungjawab UPM yang terlibat dalam proses kewangan di PTJ masing-masing. Staf PTJ adalah diwajibkan untuk mengikuti latihan ini mengikut modul-modul yang telah ditetapkan bermula pada 15 Mei sehingga 18 Mei 2023 bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Perubatan Veterinar. Tujuan latihan ini diadakan adalah sebagai persediaan awal sebelum penggunaan sistem GRP secara ‘live’ yang dijangkakan bermula pada bulan Julai 2023. Seramai 83 orang staf telah mengikuti latihan ini dan peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan latihan. Semua staf PTJ yang terlibat telah didedahkan dengan persekitaran Sistem Tender Wizard di mana staf diajar untuk menyediakan template jadual harga dan jadual spesifikasi bagi membiasakan diri dengan sistem baharu yang akan digunakan oleh semua PTJ untuk perolehan secara sebutharga dan tender kelak. Selain itu, PTJ juga  berpeluang mencuba beberapa modul di dalam GRP iaitu modul Purchasing dan Account Payable untuk semua jenis perolehan. Berikut adalah jadual latihan mengikut modul yang diadakan :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/05/2023 | Kemaskini: 27/05/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDLAi~