Sudut Book Cafe Read@Bursar,Kreativiti Pejabat Bursar Diiktiraf | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Sudut Book Cafe Read@Bursar,Kreativiti Pejabat Bursar Diiktiraf

Sudut Book Cafe Read@Bursar,Kreativiti Pejabat Bursar Diiktiraf

SERDANG-7 OKTOBER 2019: Pejabat Bursar telah berjaya melepasi saringan pertama penjurian sudut Read@Uni yang diberi nama Book Cafe Read@Bursar pada 2 Oktober 2019 oleh 2 juri yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Read@Uni UPM.

Saringan pertama yang melibatkan 11 kumpulan juri dan 60 lokasi sudut Read@Uni di pelbagai PTJ di UPM menampakkan persaingan yang sangat sengit dengan setiap pusat tanggungjawab menunjukkan usaha dan kerjasama padu untuk menempatkan ptj masing-masing di tempat ke 10 teratas.

Sebanyak 10 ptj berjaya melepasi saringan pertama penjurian. Pada 14 Oktober ini, para juri akan membuat saringan akhir sebelum menobatkan 3 pemenang terbaik di pentas HKIP 2019 pada pertengahan November ini .

Kriteria yang akan dinilai sempena penjurian akhir ini adalah seperti berikut:

  1. Kreativiti dan Inovasi
  2. Aktiviti (yang telah dijalankan dan akan dijalankan)
  3. Komitmen Pengurusan PTJ
  4. Promosi
  5. Nilai Tambah
  6. Impak Pelaksanaan

 

Penambahbaikan kepada sudut Book Café Read@Bursar sedang giat dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa  5S dan staf Pejabat Bursar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan semasa saringan awal dijalankan. Usaha berterusan ini akan dilaksanakan sehingga saat akhir sebelum proses penjurian dimulakan agar kesempurnaan dicapai dan dapat memuaskan hati semua pihak.

 

Semoga gandingan kreativiti dan inovasi yang ditunjukkan ini dinilai dan diiktiraf oleh pihak juri dan seterusnya pihak universiti sehingga berjaya ke peringkat akhir.

Tarikh Input: 09/10/2019 | Kemaskini: 09/10/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbKAQ~