TAHNIAH! SISTEM KEWANGAN UPM MENERIMA PENGANUGERAHAN PEMATUHAN SAGA SUSULAN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAHNIAH! SISTEM KEWANGAN UPM MENERIMA PENGANUGERAHAN PEMATUHAN SAGA SUSULAN

TAHNIAH! SISTEM KEWANGAN UPM MENERIMA PENGANUGERAHAN PEMATUHAN SAGA SUSULAN

SERDANG, 4 Febuari 2022 – Tekanan dan cabaran menghadapi audit pensijilan susulan pematuhan SAGA daripada Jabatan Akauntan Negara akhirnya memberi kelegaan kepada semua pihak yang terlibat yang terdiri daripada staf Pejabat Bursar terutamanya urusetia di Bahagian Kewangan Perakaunan dan pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (Idec) apabila akhirnya dianugerahkan Sijil Susulan Pematuhan SAGA bagi Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan.

Pengauditan pematuhan ini telah dijalankan oleh Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (BKPJANM) pada 09 November 2021 yang lalu secara atas talian. Sebanyak 19 kriteria pematuhan yang terdiri daripada 11 kriteria fungsian dan 8 kriteria teknikal telah dinilai di dalam penilaian kali ini yang mana UPM telah berjaya mematuhi sepenuhnya kesemua kriteria ini dan mengemukakan bukti objektif untuk menyokong pematuhan tersebut.

Kali pertama UPM dianugerahkan dengan Sijil Pematuhan SAGA bagi sistem kewangan yang digunapakai di Universiti adalah pada tahun 2017. Berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018, Kerajaan memutuskan bahawa Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan yang diguna pakai oleh Agensi Kerajaan perlu mematuhi Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) dengan penambahbaikan beberapa kriteria teknikal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejayaan UPM dianugerahkan Sijil Pematuhan ini buat kali kedua. Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat warga Pejabat Bursar untuk lebih cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada semua pihak. Syabas dan Tahniah!

 

Tarikh Input: 06/02/2022 | Kemaskini: 06/02/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDLA0~