Tahniah! Tahniah! Tahniah! Bursar UPM..Kurniaan Tertinggi Daripada DYMM Sultan Selangor | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Tahniah! Tahniah! Tahniah! Bursar UPM..Kurniaan Tertinggi Daripada DYMM Sultan Selangor

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Bursar UPM..Kurniaan Tertinggi Daripada DYMM Sultan Selangor

SERDANG-11 DISEMBER 2019: Hari ini mencatat sejarah kegembiraan seluruh warga Pejabat Bursar apabila Tuan Bursar, Tuan Haji Zulkiflee bin Othman dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 74 , DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

 

Sultan Selangor merangkap Canselor Universiti Putra Malaysia turut mengurniakan darjah kelas pertama , Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia kepada lelaki dan Datin Paduka Setia untuk wanita kepada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris. Turut menerima penganugerahan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Zulkifli Idrus.

 

Penganugerahan yang penuh makna ini kepada Bursar UPM turut mendapat reaksi kegembiraan di kalangan warga Pejabat Bursar yang semuanya mengucapkan syukur dan tahniah kepada Dato’ Haji Zulkiflee Othman. Penganugerahan ini membuktikan  bahawa segala usaha,komitmen dan inisiatif yang ditunjukkan oleh Bursar UPM turut mendapat penghargaan daripada pihak Sultan Selangor.

 

Semoga dengan penganugerahan ini memberikan suntikan semangat kepada warga Pejabat Bursar untuk terus memberikan sokongan kepada Bursar UPM bagi merealisasikan hasrat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pihak.

 

Tahniah sekali lagi kepada Dato’ Haji Zulkiflee Othman dan warga Pejabat Bursar

Tarikh Input: 11/12/2019 | Kemaskini: 06/07/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaTA3~