TAHNIAH WIRA KAMI | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAHNIAH WIRA KAMI

TAHNIAH WIRA KAMI

SERDANG 31 Mac 2021:- Anugerah Tokoh Pentadbir MASTI merupakan Anugerah Tertinggi Kepimpinan MASTI yang diberikan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pengiktirafan ini diberikan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) yang berkaliber dan memberi sumbangan yang membanggakan kepada Universiti dan komuniti, mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta menjadi role model kepada staf yang lain.

Pada majlis tersebut, YBhg. Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar UPM yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pentadbir MASTI peringkat Universiti Awam Malaysia tahun 2020.Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di Pejabat Ketua Setiausaha, Putrajaya. 

Pada tahun ini sebanyak 13 kategori Anugerah Gemilang MASTI telah dipertandingkan melalui pencalonan yang dikemukakan oleh Universiti Awam Malaysia. Majlis penyampaian Anugerah Gemilang MASTI adalah salah satu acara kemuncak telah dilangsungkan sempena dengan Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2020 yang telah bermula pada 29 Mac hingga 31 Mac 2021 secara atas talian dengan tema “Pentadbir Universiti: Pengukuhan Pentadbiran Organisasi Mendepani Cabaran Pengurusan Perubahan”. Konvensyen ini telah dirasmikan dan Ucaptama oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada 29 Mac 2021.

Warga kerja Pejabat Bursar merasa amat bangga dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar UPM di atas pencapaian yang amat membanggakan ini .

 

Tarikh Input: 01/04/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbIAX~