Taklimat Aplikasi Myvendor Kepada Pembekal UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Taklimat Aplikasi Myvendor Kepada Pembekal UPM

Taklimat Aplikasi Myvendor Kepada Pembekal UPM

SERDANG: 27 OGOS 2019- Aplikasi MyVendor ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada semua pembekal yang berminat menyertai pasaran UPM  dengan mendaftar sendiri dalam sistem ini dengan yuran perkhidmatan sebanyak RM50.00 setahun. Selain daripada itu pembekal juga akan mendapat notifikasi iklan sebut harga dan tender secara atas talian berdasarkan kod bidang berkaitan dan jualan dokumen sebut harga dan tender adalah secara atas talian.

 

Di atas inisiatif teknologi terkini ini, satu taklimat apklikasi sistem ini telah diadakan pada 16 Ogos 2019 di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar, UPM  dengan dihadiri seramai lebih kurang 400 orang pembekal negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada pembekal baharu dan sedia ada berkenaan aplikasi dan perjalanan sistem My-Vendor yang akan mula digunakan pada 1 September 2019 di UPM.

 

Taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kewangan Perolehan, Pejabat Bursar iaitu Puan Norlian Ismail. Menurut beliau “ kebaikan sistem MyVendor ini adalah proses  pelawaan sebut harga kepada pembekal yang layak merangkumi lokasi yang lebih luas dan peringatan tamat tempoh pendaftaran kepada pembekal dapat dibuat secara atas talian”.

 

Beliau juga menambah bahawa dengan adanya sistem ini dapat mengurangkan birokrasi dan kesilapan teknikal dan seterusnya dapat menambah kecekapan pengurusan pendaftaran pembekal di UPM

Tarikh Input: 27/08/2019 | Kemaskini: 27/08/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaXAa~