TAKLIMAT CIMB@WORK OLEH CIMB | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT CIMB@WORK OLEH CIMB

TAKLIMAT CIMB@WORK OLEH CIMB

Serdang-Pada 25 Mac 2025: CIMB Bank telah mengadakan taklimat berkaitan program CIMB@WORK di Universiti Putra Malaysia (UPM). Taklimat ini berlangsung di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra UPM, bermula pada jam 10 pagi. Sesi taklimat dihadiri oleh 6 orang wakil CIMB dari CIMB UPM dan CIMB Serdang Perdana, serta wakil dari Pejabat Bursar, Pejabat Pendaftar, Hospital Sultan Abdul Aziz, dan beberapa pusat tanggungjawab lain di UPM. Kebanyakan daripada peserta didapati mempunyai akaun bank yang menyalurkan gaji bulanan ke CIMB atau menjadikan CIMB sebagai pilihan bagi akaun simpanan lain atau penggunaan kredit berterusan.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan CIMB yang boleh dimanfaatkan oleh staf UPM. Antaranya termasuk perbankan, pinjaman, pelaburan, serta kelebihan dan kemudahan yang diberikan kepada kakitangan UPM melalui program CIMB@WORK. Taklimat ini juga menekankan kepentingan perancangan kewangan melalui produk insurans Sun Life Insurance & Takaful yang membantu staf membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan berkesan.

Selain itu, para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan hibah dan manfaat yang dapat diperoleh daripada produk insurans. Taklimat ini dihadiri oleh lebih 50 orang peserta dari pelbagai bahagian di Pejabat Bursars UPM. Taklimat ini diakhiri dengan ucapan akhir daripada Pengurus Cawangan CIMB UPM iaitu Encik Mohd Rizal Mahsan dengan mengalu-alukan kehadiran peserta ke cawangan bank yang berdekatan untuk mendapatkan perkhidmatan atau produk CIMB.  Diharapkan dengan pendedahan ini, staf UPM dapat memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh CIMB untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka

 

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 25/03/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
S, (08:10:15pm-08:15:15pm, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]