TAKLIMAT KESEDARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT KESEDARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

TAKLIMAT KESEDARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Serdang, 09 Ogos 2022 – EKSA sudah tidak asing lagi di kalangan warga Pejabat Bursar tdi mana ia menjadi satu keperluan kepada pembentukan nilai dan disiplin warga kerja di ruang kerja pejabat. Sehubungan dengan itu, satu Taklimat Kesedaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di Dewan Taklimat Serdang secara fizikal di bawha kelolaan Jawatankuasa Latihan EKSA pada 9 Ogos 2022 mulai jam 9.30 pagi. Antara tujuan taklimat ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran warga kerja Pejabat Bursar terhadap amalan EKSA selaras dengan kriteria dan standard kualiti yang harus diimplemenkan, memupuk sikap bertanggungjawab untuk persekitran kerja yang kondusif serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan tanpa mengabaikan suasana dan imej korporat ditempat kerja.

Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi EKSA Pejabat Bursar iaitu Puan Siti Amira binti Shukor mewakili Puan Bursar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan rasmi yang lain. Dalam ucapan aluannya, Pengerusi berharap agar warga kerja Pejabat Bursar menggunakan peluang perkongsian dengan penceramah untuk menghayati dan  meningkatkan kefahaman dengan lebih jelas tentang pelaksanaan EKSA yang sedang giat dilaksanakan di Pejabat Bursar. Beliau turut menggesa agar semua warga kerja memberi komitmen padu supaya Pejabat Bursar berjaya memenangi Anugerah EKSA sekali lagi semasa Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) yang akan berlangsung pada 06 Disember 2022 nanti.

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Mohd Isnain bin Ali, Ketua Bahagian Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar yang merupakan fasilitator EKSA bertauliah di UPM. Seramai 120 orang staf Pejabat Bursar telah hadir mendengar sesi taklimat ini yang berlangsung selama 2 jam. Taklimat ini amat bermanafaat kepada peserta dan banyak tips serta idea yang telah dikongsikan oleh beliau untuk penambahbaikan secara berterusan dengan menekankan elemen kretiviti dan inovasi.

Jika diimbas semula, UPM pada awalnya telah memulakan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti dengan konsep 5S sehinggalah pada 29 Januari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah meluluskan penjenamaan semula 5S kepada EKSA. Sehubungan itu EKSA adalah menjenamakan semula Amalan 5S bukan bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S yang telah sedia ada diamalkan sebelum ini di UPM. Sebaliknya menambahbaik elemen 5S dengan menyokong kepada pengujudan persekitaran kerja yang kondusif. Tujuan penjenamaan adalah untuk memenuhi keperluan semua objektif penjenamaan iaitu imej korporat, persekitaran kerja yang kondusif, kepelbagaian PTJ, kreatif dan inovatif serta go-green supaya identiti itu kekal relevan dan berimej baharu

 

   
 

 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEZQAS~