BERITA TAKLIMAT KONTRAK SERAH URUS (OUTSOURCING) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » BERITA TAKLIMAT KONTRAK SERAH URUS (OUTSOURCING)

BERITA TAKLIMAT KONTRAK SERAH URUS (OUTSOURCING)

SERDANG : 13 OGOS 2020 - Pejabat Bursar telah mengadakan satu Taklimat Kontrak Serah Urus (Outsourcing) di Dewan Kuliah Ekonomi Pengurusan (DKEP-1), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,  Universiti Putra Malaysia (UPM).

Taklimat Kontrak Serah Urus (Outsourcing) merupakan satu kursus anjuran Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKPP), Pejabat Bursar kepada semua Pentadbir Kontrak yang terlibat dalam menguruskan kontrak yang telah diserah urus di UPM.

Menyedari pentingnya Pentadbir Kontrak memahami peranan mereka dalam pengurusan kontrak perkhidmatan serah urus di UPM, taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada Pentadbir Kontrak yang terlibat tentang peranan dan tanggung jawab mereka bagi kontrak yang telah diserah urus di UPM.

Pentadbir Kontrak memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pengurusan perkhidmatan serah urus bagi setiap perkhidmatan di UPM ditadbir dengan baik termasuklah bagi memastikan semua syarat dan klausa di dalam kontrak di patuhi dan di buat pemantauan.

Taklimat yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah di hadiri hampir 90 orang wakil Pentadbir Kontrak dari semua Pusat Tanggung Jawab.

Ketua BKPP memberikan taklimat kepada semua Pentadbir Kontrak dengan menerangkan tentang perolehan kontrak serah urus secara am dan peranan Pentadbir Kontrak/ Sub Pentadbir Kontrak, klausa dan syarat kontrak dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

 

Disediakan oleh,
BKPP
24 Ogos 2020

Muat Turun Dokumen
 

Tarikh Input: 02/09/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaWAm~