TAKLIMAT KUTIPAN HASIL PUSAT TANGGUNGJAWAB MELALUI KAEDAH QR CODE DUITNOW | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT KUTIPAN HASIL PUSAT TANGGUNGJAWAB MELALUI KAEDAH QR CODE DUITNOW

TAKLIMAT KUTIPAN HASIL PUSAT TANGGUNGJAWAB MELALUI KAEDAH QR CODE DUITNOW

Serdang, 16 Februari – Adalah tidak dapat dinafikan lagi bahawa seiring dengan norma baharu yang dicetuskan oleh situasi pandemik yang melanda negara 3 tahun lepas, penggunaan kaedah pembayaran atau penerimaan tanpa tunai menjadi satu fenomena yang melonjak secara terus bukan sahaja kepada perniagaan tetapi juga perkhidmatan agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. UPM juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama gelombang ini agar perkhidmatan yang ditawarkan oleh UPM dapat dinikmati oleh semua pemegang taruh dengan lancar tanpa permasalahan wang tunai di tangan. Oleh itu, satu taklimat yang dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Hasil Dan Kawalan Kredit, Pejabat Bursar telah diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Universiti Putra Malaysia pada 16 February 2023. Taklimat yang bertajuk Kutipan Hasil Pusat Tanggungjawab Melalui Kaedah QR Code Duitnow melibatkan penyertaan wakil-wakil daripada pusat tanggungjawab di UPM yang terlibat secara langsung dalam penyediaan perkhidmatan dan jualan produk.

Pembukaan taklimat disampaikan oleh Pn. Mazitah bt. Ahmad, Ketua Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil. Beliau mengulas secara umum tentang situasi kutipan hasil sedia ada, dari segi kawalan dan pemantauan kutipan hasil. Beliau menegaskan supaya semua pihak mengekalkan integriti dalam urusniaga dan realiti kutipan hasil yang perlu seiring dengan masa dan menuju ke arah kutipan hasil tanpa tunai.

Taklimat seterusnya disampaikan oleh Pn. Norhaslizah bt. Mis, Ketua Seksyen Pengurusan Hasil dan Kawalan Kredit yang menjurus khusus kepada tatacara penggunaan QR Code Duitnow. Ini meliputi perihal langkah-langkah awal pendaftaran QR code, cara penggunaan dan rekod transaksi. Pihak PTJ yang berkeperluan boleh mendaftar bagi permohonan QR Code Duitnow dengan mengisi borang yang diedarkan semasa taklimat berlangsung.

Taklimat pada hari tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab yang begitu mendapat sambutan daripada wakil-wakil PTJ. Seksyen Pengurusan Hasil Dan Kawalan Kredit amat berpuas hati dengan respon daripada pihak PTJ yang hadir dan berharap taklimat yang disampaikan bermanfaat kepada semua pihak

 

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDEAj~