TAKLIMAT PEMERIKSAAN ASET ALIH | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PEMERIKSAAN ASET ALIH

TAKLIMAT PEMERIKSAAN ASET ALIH

SERDANG, 6 September 2023 - Bahagian Kewangan Pengurusan Aset (BKPA), Pejabat Bursar telah mengadakan Taklimat Pemeriksaan Aset Alih pada 6 September 2023 kepada Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa Pusat Tanggung jawab (PTJ) yang dilantik . Taklimat telah disampaikan oleh Puan Junaidah binti Md Isa, Penolong Bendahari dari Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Pejabat Bursar secara maya menggunakan platform Google Meet

 

Taklimat Pemeriksaan Aset Alih ini merupakan agenda tahunan yang sentiasa dilaksanakan oleh Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Pejabat Bursar kepada semua Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa Aset Alih, untuk memberikan penerangan dan kefahaman berkenaan proses pemeriksaan aset alih yang perlu dilaksanakan setiap tahun agar mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan dalam tempoh yang dijadualkan.

 

Peserta yang terlibat telah diberi taklimat secara terus berkenaan skop dan status pemeriksaan aset alih, keperluan pemeriksaan, kaedah dan pengisian status aset alih, penyerahan laporan dan sijil pemeriksaan  serta pemantauan status pemeriksaan.  Selain itu, peserta turut ditekankan untuk memenuhi keperluan penghantaran laporan secara berperingkat agar pemantauan berterusan dapat dibuat oleh pihak Bahagian Pengurusan Aset

 

Diharapkan dengan adanya taklimat ini, serba sedikit dapat membantu memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai proses pemeriksaan kepada Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa PTJ dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDGAx~