TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN : ‘CEGAH COVID CEGAH KEBAKARAN!!’ | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN : ‘CEGAH COVID CEGAH KEBAKARAN!!’

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN : ‘CEGAH COVID CEGAH KEBAKARAN!!’

SERDANG, 2 Ogos 2021 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pejabat Bursar dengan kerjasama wakil bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL), telah mengadakan Taklimat Pencegahan Kebakaran secara atas talian yang disasarkan kepada kakitangan Pejabat Bursar. Taklimat komprehensif yang telah berlangsung hampir 2 jam ini disampaikan oleh Puan Brenda Suah dengan kehadiran peserta seramai 75 orang. Antara agenda taklimat yang disampaikan adalah : 

1)    Hand Sanitizer boleh mengakibatkan kebakaran

2)    Kadar penggunaan elektrik ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 

3)    Tempat berkumpul jika berlaku kecemasan ketika di rumah

4)    Kajian punca kes kebakaran di Malaysia. 

Objektif utama taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya kebakaran serta menyebarkan pengetahuan berkaitan langkah-langkah pencegahan kebakaran. Peserta juga diberi pendedahan dalam penggunaan dan pemilihan peralatan pencegahan kebakaran seperti alat pengesan asap dan alat pemadam api untuk keperluan di dalam kenderaan atau di premis.

Dengan adanya perkongsian ini, peserta mendapat maklumat yang berguna dan dapat mengaplikasikan kaedah pencegahan kebakaran yang betul bagi mengurangkan risiko kematian dan kerugian sama ada di rumah atau di tempat kerja. Semoga dengan usaha yang dilaksanakan ini, sekurang-kurangnya peserta telah tahu dan berilmu untuk mengambil langkah yang tepat dan tidak panik sekiranya berhadapan dengan situasi kebakaran demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

Tarikh Input: 06/08/2021 | Kemaskini: 06/08/2021 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDJAq~