TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH PERATURAN AP59 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH PERATURAN AP59

TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH PERATURAN AP59

TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH PERATURAN AP59

Serdang, 14 April 2025 – Satu Taklimat Pengurusan Pembayaran di bawah Peraturan
Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) telah diadakan pada 14 April 2025 (Isnin),
bertempat di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Jumlah peserta yang menghadiri taklimat ini ialah seramai 251 orang secara fizikal dan
dalam talian yang terdiri daripada Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) termasuk staf di Kampus Bintulu yang
menjalankan tugas kewangan di PTJ masing-masing.

Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada semua staf di
UPM terutama staf yang menguruskan kewangan mengenai pengurusan pembayaran
di bawah peraturan AP59 mengikut had kuasa, sebagai satu penambahbaikan kepada
peraturan sedia ada. Langkah ini penting bagi memastikan semua urusan pembayaran
dilaksanakan dengan lebih sistematik, telus dan berlandaskan garis panduan semasa.
Staf perlu faham dan boleh menunjuk ajar kepada staf lain jika staf di PTJ masing-
masing ada melakukan kesilapan yang melanggar peraturan AP59.

Taklimat telah disampaikan secara terperinci oleh Puan Yusnawati binti Mat Isa, Ketua
Bahagian Kewangan dan Kemudahan Staf tentang pelaksanaan peraturan AP59 serta
prosedur-prosedur kewangan yang berkaitan. Penjelasan yang diberikan telah
membantu peserta memahami dengan lebih jelas pelaksanaan mengikut tatacara dan
peraturan yang ditetapkan.

Program turut membuka peluang kepada para peserta untuk bertanya dan
mendapatkan penjelasan secara langsung melalui sesi soal jawab yang interaktif.
Kehadiran peserta amat memberangsangkan, mencerminkan komitmen tinggi warga
pentadbiran dalam memastikan pelaksanaan tanggungjawab kewangan berjalan lancar
dan mematuhi peraturan semasa.

Taklimat berakhir dengan harapan agar segala input dan maklumat yang dikongsikan
dapat diterapkan dalam urusan kerja harian demi memperkukuh tadbir urus
kewangan di UPM.

 

    

Tarikh Input: 21/04/2025 | Kemaskini: 22/04/2025 | my_hidayah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (06:24:01am-06:29:01am, 25 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]