TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2025 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2025

TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2025

Serdang, 13 November 2025 – Satu Taklimat Penutupan Akaun 2025 telah diadakan pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium 2, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Taklimat bermula pada jam 2.30 petang. Kira-kira lapan puluh lima orang (85) telah hadir semasa taklimat yang terdiri daripada Ketua Pentadbiran PTJ, pegawai serta staf pelaksana yang menjalankan tugas kewangan di PTJ masing-masing.

Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi serba sedikit panduan dan pemahaman kepada semua PTJ di UPM tentang tatacara sebelum penutupan akaun dibuat pada penghujung 2025. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Pembayaran iaitu Puan Yusnawati Mat Isa. Semasa taklimat diadakan, Pn. Yusnawati memaklumkan tarikh-tarikh penting yang perlu dipatuhi oleh semua PTJ. Setiap PTJ perlu memastikan tarikh yang diberikan sentiasa dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya masalah selepas penutupan akaun. Taklimat yang disampaikan merangkumi juga komponen penting dalam pengurusan kewangan termasuk Belanjawan, Perolehan, Pembayaran, Pengurusan Hasil, Pengurusan Aset, serta Akaun Amanah.

Pn. Yusnawati juga menerangkan tentang penemuan audit Penyata Kewangan 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara dan mengingatkan supaya isu yang dijumpai di PTJ berkenaan tidak berlaku di PTJ yang lain. Beliau juga berpesan agar isu lain berkaitan pengurusan kewangan, termasuk pematuhan terhadap dokumentasi dokumen sentiasa dipatuhi dan PTJ perlu membuat penyelarasan dalaman mengambil langkah untuk penambah baikan proses secara berterusan.

Taklimat turut menekankan kepentingan ketelusan, ketepatan rekod dan pematuhan terhadap prosedur kewangan bagi memastikan urusan penutupan akaun serta proses audit berjalan lancar. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di PTJ masing-masing

Tarikh Input: 24/11/2025 | Kemaskini: 24/11/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
F, (08:53:16pm-08:58:16pm, 15 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]