TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023

TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023

SERDANG-30 November 2023: Penutupan akaun tahunan merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan bagi jabatan yang menguruskan kewangan samada di agensi Kerajaan atau swasta. Yang membezakan pelaksanaannya hanyalah adalah pemakaian standard perakaunan yang berbeza di setiap agensi. Pada tahun 2023, Pejabat Bursar UPM tidak ketinggalan untuk melaksanakan aktiviti ini, namun sedikit berbeza dengan tahun sebelumnya, pada tahun ini Pejabat Bursar menjemput semua Pusat Tanggungjawab untuk menghadiri taklimat penutupan akaun yang disampaikan oleh beberapa Ketua Bahagian yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan utama Universiti.

 

Taklimat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh seramai 271 peserta yang terdiri daripada kerani kewangan sehingga ke peringkat Pegawai Tadbir semua PTJ di UPM Serdang dan UPM Kampus Bintulu secara bersemuka di Dewan Auditorium, Kompleks Rashdan Baba dan secara atas talian melalui platform google meet

 

Taklimat dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz bin Amrullah dan dipengerusikan oleh Puan Junaida Adan.

 

Tajuk yang disampaikan oleh Ketua-ketua Bahagian adalah seperti berikut:

Penceramah 1 : Puan Nur Asriati Binti Jasmi (Penutupan Akaun Tahun 2023)

Penceramah 2 : Puan Yusnawati Binti Mat Isa (Pengurusan Pembayaran)

Penceramah 3 : Encik Mohd 'Akhi bin Abu Bakar (Pengurusan Aset, Stor & Work Order)

Penceramah 4 : Puan Mazitah Binti Ahmad (Pengurusan Hasil & Hutang)

 

Taklimat yang mendapat sambutan memberansangkan ini berakhir pada jam 11.30 pagi selepas beberapa soalan yang dikemukakan oleh peserta dijawab dengan terperinci oleh penceramah.

 

 

Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDEAQ~