TAKLIMAT PERCUKAIAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 (e-filing Individu). | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » TAKLIMAT PERCUKAIAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 (e-filing Individu).

TAKLIMAT PERCUKAIAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 (e-filing Individu).

Serdang, 19 Februari - Pada 19 Februari 2025, satu taklimat mengenai percukaian individu bagi tahun taksiran 2024 telah diadakan di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari, dihadiri oleh seramai 388 peserta. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan mengenai sistem percukaian individu dan proses pengisian e-filing dengan cara yang betul.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pn. Yusnawati Mat Isa, Ketua Bahagian Kewangan Kemudahan Staf yang mengalu-alukan kehadiran penceramah dan memberikan harapan agar taklimat ini dapat memberi manfaat dan membantu  staf untuk mengisi e-filing dengan lebih tepat dan berkesan

Encik Amat Azmi bin Hassan, Timbalan Pegawai Perhubungan Awam dari Unit Pendidikan Cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah dijemput sebagai penceramah utama dalam sesi ini. Beliau menjelaskan tentang pentingnya pemahaman yang mendalam mengenai kewajipan cukai individu dan prosedur pengisian e-filing yang tepat, terutamanya bagi tahun taksiran 2024.

Selain itu, beliau turut memberikan pengetahuan berkenaan dengan pelbagai potongan cukai yang boleh dinikmati oleh pembayar cukai serta cara-cara mengelakkan kesilapan ketika mengisi borang cukai secara dalam talian. Para peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu percukaian yang sering timbul. Taklimat ini diharapkan dapat membantu individu melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka dengan lebih efisien dan tepat, serta mengelakkan kesalahan dalam pengisian e-filing.

Bahan taklimat boleh dicapai melalui pautan https://www.hasil.gov.my/media/zhtdxyys/rahsia-jimat-cukai-e-filing-e-be-tahun-taksiran-2024.pdf 

Tarikh Input: 27/02/2025 | Kemaskini: 27/02/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (04:17:49am-04:22:49am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]