TAKLIMAT PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER

TAKLIMAT PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER

27 Ogos 2025,Serdang- Mulai tahun 2024, Pejabat Bursar telah memperkenalkan Permohonan Bayaran Balik Pembelian Komputer (BBPK) yang memberi peluang kepada semua staf Pengurusan dan Profesional (P&P) Akademik dan Bukan Akademik di Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM untuk membuat pembelian dan menuntut semula pembelian komputer peribadi atau komputer bimbit mengikut had nilai yang ditetapkan dan peraturan yang berkuatkuasa. Lanjutan daripada itu, pada tahun 2025, Pejabat Bursar telah menganjurkan satu sesi Taklimat Penyegaran Mengenai Permohonan Bayaran Balik Pembelian Komputer (BBPK) kepada semua pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) Akademik dan Bukan Akademik UPM bagi tujuan pemahaman semula kepada pegawai yang berkenaan. 

Taklimat ini telah diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 83 orang peserta. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pemahaman yang jelas dan terkini berkenaan proses dan syarat permohonan BBPK.

Antara perkara yang dimaklumkan dalam taklimat ini termasuklah struktur dan keanggotaan Jawatankuasa BBPK, syarat kelayakan dan kategori pegawai yang tidak layak memohon, spesifikasi minimum komputer yang dibenarkan, proses permohonan dan tuntutan melalui sistem e-Claim, serta tindakan yang perlu diambil oleh pemohon dan pentadbir PTJ.

Sesi taklimat ini telah disampaikan dengan jelas dan terperinci, serta disertai sesi soal jawab yang memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Penganjuran taklimat ini diharap dapat membantu pegawai UPM membuat permohonan dengan lebih teratur dan efisien, serta mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan kelulusan tuntutan.


Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai sesi ini. Bersama kita menuju ke arah pengurusan aset yang lebih telus dan berkesan.

 

    

Tarikh Input: 30/08/2025 | Kemaskini: 30/08/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (08:12:39am-08:17:39am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]