TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ASET – SIRI 5 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ASET – SIRI 5

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ASET – SIRI 5

Serdang, 21 April 2025 – Usaha berterusan dalam mempertingkat tahap kefahaman staf terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset (SPA) diteruskan lagi dengan penganjuran taklimat siri kelima yang diadakan pada 21 April 2025 bertempat di Bilik Taklimat Serdang.

Taklimat ini dianjurkan khusus bagi memantapkan pengetahuan dan pemahaman staf terhadap penggunaan sistem tersebut telah dihadiri 17 orang peserta mewakili 13 pusat tanggungjawab (PTJ).

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Junaida Md Isa dari Bahagian Pengurusan Aset (BKPA). Beliau menjelaskan secara terperinci fungsi serta tatacara penggunaan sistem melalui penerangan empat modul utama dalam SPA. Antara topik yang disentuh termasuklah pendaftaran aset, proses pelupusan serta pemindahan aset universiti.

Taklimat ini bukan sahaja memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta, malah turut memberi ruang kepada mereka untuk bertanya soalan dan berbincang mengenai isu-isu semasa berkaitan pengurusan aset di PTJ masing-masing.

Program seperti ini dilihat sebagai langkah proaktif yang amat signifikan dalam memastikan setiap PTJ dapat melaksanakan pengurusan aset dengan lebih cekap, telus dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

Tarikh Input: 25/04/2025 | Kemaskini: 25/04/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
S, (08:53:29pm-08:58:29pm, 15 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]