Serdang, 21 April 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Taklimat Sistem Pengurusan Aset (SPA) Siri Keenam pada 19 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Bursar. Program ini merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf terhadap pelaksanaan sistem SPA di peringkat pusat tanggungjawab (PTJ).
Taklimat ini telah dihadiri oleh 20 peserta yang mewakili 20 PTJ dan bertujuan memberi pendedahan menyeluruh berkenaan fungsi serta penggunaan sistem SPA secara berkesan. Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Junaida Md Isa daripada Bahagian Pengurusan Aset (BKPA), yang menjelaskan secara terperinci empat modul utama dalam sistem ini. Wakil-wakil ini merupakan pegawai aset yang bertugas di PTJ masing-masing tetapi masih lagi memerlukan tunjuk ajar dan pengukuhan berterusan daripada BKPA.
Antara topik yang dibentangkan termasuk tatacara pendaftaran aset, proses pelupusan aset, pemindahan aset antara PTJ serta pelaporan. Penekanan turut diberikan kepada pematuhan prosedur serta kepentingan rekod yang tepat dan kemas kini.
Selain daripada sesi penerangan, peserta turut mengambil peluang untuk mengemukakan soalan dan berbincang mengenai isu-isu semasa berkaitan pengurusan aset di jabatan masing-masing. Perkongsian pengalaman ini dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman bersama.
Program ini dianggap sebagai satu langkah proaktif dalam memastikan pengurusan aset universiti dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik, telus dan selaras dengan garis panduan semasa
Tarikh Input: 24/05/2025 | Kemaskini: 24/05/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.