Serdang, 26 Jun 2025 (Khamis) – Satu taklimat bertajuk Tatacara Penyediaan Spesifikasi Perolehan Bekalan/ Peralatan dan Perkhidmatan telah di adakan di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 Jun 2025 dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Telah dihadiri oleh pegawai yang menjalankan fungsi Bursar Puan Siti Amira binti Shukor, mantan Bursar UPM, Puan Hajah Izariahwati binti Mohd Isa, pegawai dari Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan UPM dan pegawai dari UPM Kampus Bintulu, Sarawak secara atas talian , pentadbir dan penyedia spesifikasi daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pegawai UPM mengenai tatacara penyediaan spesifikasi perolehan yang lebih jelas, telus dan menepati dasar perolehan Kerajaan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Nurhairol bin Ruzaini, Ketua Penolong Setiausaha Perolehan, Bahagian Perolehan Kerajaan , Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) yang berkongsi panduan serta garis panduan terkini dalam penyediaan spesifikasi perolehan agar selaras dengan peraturan semasa Kerajaan.
Selain daripada itu beliau juga berkongsi pengalaman berkaitan aspek penyediaan penilaian teknikal dan kewangan.
Sesi soal jawab diadakan bagi memberi peluang peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan taklimat serta amalan baik perolehan yang diamalkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia. Taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah serta ucapan penghargaan kepada semua peserta.
Tarikh Input: 30/06/2025 | Kemaskini: 30/06/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.