UPM SEKALI LAGI MENERIMA SIJIL AUDIT BERSIH DARIPADA JABATAN AUDIT NEGARA | PEJABAT BURSAR
» BERITA » UPM SEKALI LAGI MENERIMA SIJIL AUDIT BERSIH DARIPADA JABATAN AUDIT NEGARA

UPM SEKALI LAGI MENERIMA SIJIL AUDIT BERSIH DARIPADA JABATAN AUDIT NEGARA

Serdang, 31 Ogos 2022- Universiti Putra Malaysia telah berjaya menerima Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan UPM bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 untuk kesekian kalinya. Sijil Bersih Tanpa teguran ini memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Universiti Putra Malaysia dan Kumpulan pada 31 Disember 2021 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dan keperluan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia. Sijil Ketua Audit Negara ini telah ditanda tangan pada 26 Ogos 2022 oleh Ketua Audit Negara

Walau pun menerima Surat Pengurusan dengan beberapa teguran, namun Pejabat Bursar berjaya menunjukkan bukti bahawa pemerhatian oleh pihak audit tidak menjejaskan gambaran benar dan saksama kepada Penyata Kewangan secara keseluruhannya.

Pengauditan penyata kewangan UPM telah diaudit oleh Juruaudit Swasta yang dilantik oleh Jabatan Audit Negara iaitu Tetuan MNZWAJ Associates yang telah bermula pada 17 Mei 2022 dan berakhir pada 5 Julai 2022 selepas pihak UPM mengemukakan Penyata Kewangan pada 13 April 2022. Skop pengauditan adalah secara terperinci bagi semua modul kewangan. Kerjasama yang diberikan oleh staf Pejabat Bursar kepada pihak audit adalah sangat membanggakan di mana ianya membantu pihak audit mendapatkan dokumen dan maklumat dengan cepat dan tepat bagi membolehkan penyata kewangan diaudit mengikut piawaian yang berkuatkuasa

Tarikh Input: 06/09/2022 | Kemaskini: 06/09/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDEAH~