WAJAH BAHARU BOOK CAFE READ@BURSAR SERTA INSPIRASI SUDUT TAKE5 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » WAJAH BAHARU BOOK CAFE READ@BURSAR SERTA INSPIRASI SUDUT TAKE5

WAJAH BAHARU BOOK CAFE READ@BURSAR SERTA INSPIRASI SUDUT TAKE5

Serdang, 08 Ogos 2022 - Sudut Bacaan di pejabat boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk menerapkan amalan membaca dalam kalangan pekerja, pelanggan, pelajar, orang awam atau sesiapa sahaja yang berurusan di pejabat tersebut. Pejabat Bursar amat menyokong inisiatif UPM yang diterajui oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM agar setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) mewujudkan Sudut Bacaan yang direalisasikan melalui Program Read@Uni. Pertandingan Sudut Bacaan antara PTJ merupakan antara program terawal yang digerakkan seawal tahun 2019 lagi. Di Pejabat Bursar, kami telah merealisasikan Read@Bursar yang berkonsepkan Book Cafe dan telah berjaya terpilih sebagai pemenang tempat ketiga pada tahun 2019 sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) di UPM. Walau bagaimanapun,  pendemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020 dan 2021 membataskan pelaksanaan sebarang pertandingan secara fizikal di UPM pada 2 tahun tersebut.

Pada tahun ini, UPM telah mengorak langkah dengan menaiktaraf kategori pertandingan ‘Hadiah Read@Uni’ kepada ‘Anugerah Read@Uni’ yang dilihat akan menyemarakkan lagi persaingan sihat antara PTJ di UPM. Mengambil inisiatif ini, Ahli Jawatankuasa Read@Bursar telah menjana idea untuk menaiktaraf Book Cafe ini dengan wajah baharu yang berlatar belakangkan ‘nature’ untuk menarik minat dan tumpuan warga kerja, pelajar dan pelanggan yang berurusan untuk singgah membaca di sudut yang amat strategik ini yang terletak di ruang legar Pejabat Bursar, Bangunan Canselori Putra. Majlis perasmian Book Café Read@Bursar berwajah baharu ini telah sempurna dirasmikan oleh Puan Hjh Izariahwati binti Mohd Isa, Bursar UPM pada 08 Ogos 2022 dengan mengetengahkan inovasi sistem simpanan buku (Librarika System) yang lebih baik dan bersistematik. Pelbagai aktiviti dan pengisian program yang menarik akan diadakan bagi memupuk minat membaca terutama dalam kalangan staf seperti teka silang kata, tik tok/reels, bual bicara dan lain-lain lagi. 

Pada tarikh ini juga Puan Bursar turut merasmikan Sudut Take5 yang baharu diwujudkan di Pejabat Bursar hasil inisiatif staf Seksyen Pentadbiran. Sudut Take5 diinspirasikan oleh keperluan untuk dijadikan tempat berehat sementara bagi staf yang ingin menyingkirkan tekanan dan menenangkan minda agar dapat meningkatkan semula fokus untuk menyambung tugas di pejabat.

Semoga 2 sudut yang baharu dan dijenamakan semula ini menjadi tumpuan oleh semua warga kerja dan pelanggan untuk bersantai secara sihat di samping menambah ilmu.

 

 

 

 
   
   

 

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEZQAK~