Bengkel Penyediaan Dokumen Hazard Identification, Risk Assessment And Risk Control (HIRARC) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Bengkel Penyediaan Dokumen Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)

Bengkel Penyediaan Dokumen Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)

SERDANG - 4 Februari 2020 :  Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat Bursar (JKKP-BURSAR) telah mengambil inisiatif untuk memantapkan pengurusan dan kawalan risiko di peringkat jabatan dengan menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC). Bengkel yang disertai seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat Bursar (JKKP-BURSAR) ini telah diadakan pada 4 Februari 2020 di Dewan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

 

Pelaksanaan bengkel ini telah mendapat bantuan teknikal dan informasi daripada Encik Mohammad Solehan Azmi daripada Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Encik Mohd Hisham Ali daripada Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

 

Peserta telah diberi taklimat pengenalan dan penjelasan kaedah penyediaan dokumen HIRARC. Selesai taklimat, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut proses kerja yang berlainan. Peserta diminta menyediakan Standard Operating Procedure (SOP), Job Hazard Analysis (JHA) dan seterusnya melengkapkan borang HIRARC bagi setiap proses aktiviti.

 

Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan bertujuan untuk menyediakan dokumen bagi mengenal pasti, menilai/mengukur dan mengawal sebarang risiko bahaya di tempat kerja ini telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Bengkel ini telah memberikan pengetahuan kepada staf dalam mengenalpasti, menilai, mengukur dan mengawal sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi dimana boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut

Muat Turun Dokumen

Tarikh Input: 05/02/2020 | Kemaskini: 06/07/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUDAy~