BENGKEL TASK FORCE E-INVOIS ANTARA MRUN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » BENGKEL TASK FORCE E-INVOIS ANTARA MRUN

BENGKEL TASK FORCE E-INVOIS ANTARA MRUN

Serdang, 28 Mei 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel e-Invois MRUN yang menghimpunkan wakil daripada lima Universiti Penyelidikan, iaitu UPM, UKM, UM, USM dan UTM. Bengkel ini bertujuan membincangkan pelaksanaan sistem e-Invois selaras dengan Garis Panduan e-Invois yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 18 Mac 2025.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk menyelaras dan mengenal pasti semua jenis hasil universiti, termasuk hasil daripada aktiviti jualan dan perkhidmatan, agar selari dengan kehendak peraturan percukaian negara. Usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan terhadap perundangan cukai yang semakin menekankan pendigitalan transaksi.

Selain itu, inisiatif ini turut menyokong matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025 yang memberi penekanan kepada kepelbagaian sumber kewangan universiti demi menjamin kelestarian kewangan dan peningkatan kualiti program akademik.

Antara perkara penting yang dibincangkan termasuk strategi penjanaan hasil utama dan sampingan, pengurusan anak syarikat universiti, serta cadangan menubuhkan Mesyuarat Bendahari Universiti Awam (MBUA) khas bagi menyelaras pelaksanaan e-Invois sepanjang tempoh interim enam bulan.

Pelaksanaan sistem e-Invois yang sistematik dijangka meningkatkan kecekapan tadbir urus serta memastikan kepatuhan penuh terhadap peraturan percukaian negara dalam kalangan universiti penyelidikan.

Tindakan selanjutnya adalah menyediakan draf kertas kerja untuk dibawa ke MBUA dan seterusnya untuk dibincangkan diperingkat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam

Tarikh Input: 31/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (12:39:43pm-12:44:43pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]