SESI SELARI PPICT2019:SIG FINTECH | PEJABAT BURSAR
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
SESI SELARI PPICT2019:SIG FINTECH
Tarikh
01 Aug 2019 - 01 Aug 2019
Masa
09.00 - 05.00
Lokasi
HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA
Ringkasan Acara
Pejabat Bursar sebagai sekretariat bersama Persidangan Pentadbiran ICT Univeristi 2019 (PPICT2019) mulai 31 Julai sehingga 2 Ogos 2019 turut mengambil bahagian semasa sesi selari yang diadakan pada 1 Ogos 2019 bertempat di Bilik Perak, Hotel Marriot Putrajaya yang dikoordinasikan oleh Tuan Bursar, Tuan Haji Zulkiflee Othman sepanjang sesi tersebut berlansung. Persidangan ini merupakan medium terbaik untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama pihak industri berkenaan teknologi yang berkaitan dengan kewangan. Sesi ini disasarkan kepada pihak yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut teknologi terbaharu di dalam industri. Penyertaan seramai 30 peserta daripada pelbagai Universiti Awam menunjukkan kesungguhan dan minat UA di dalam memperkembangkan lagi pengetahuan teknologi berkaitan pengurusan kewangan. Antara industri yang dipanggil untuk membentangkan kertas kerja berkenaan teknologi kewangan ini adalah terdiri daripada FujiXerox Asia Pacific Pte Ltd, Bank Islam (M) Bhd, Huawei Sdn Bhd dan Formats Sdn Bhd sepanjang sesi selama setengah hari tersebut

Kemaskini:: 09/08/2019 [aini_abd]

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDcRAt~