Sesi Town Hall @ Hari Terbuka Pejabat Bursar | BURSAR OFFICE
» ACTIVITIES » Masters and PhD Curriculum and Instruction

Event Title
Sesi Town Hall @ Hari Terbuka Pejabat Bursar
Date
09 Jun 2023 - 09 Jun 2023
Time
09.30 - 12.00
Location
Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM
Event Summary
Assalamualaikum YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan/ Puan: Dengan hormatnya Pejabat Bursar UPM akan mengadakan Sesi Town Hall @ Hari Terbuka iaitu perkongsian maklumat mutakhir kewangan kepada semua wakil Pusat Tanggungjawab yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan dan perolehan. YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan/ Puan dipersilakan hadir seperti ketetapan berikut; Program : Sesi Town Hall @ Hari Terbuka Pejabat Bursar Tarikh : 09 Jun 2023 (Jumaat) Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM Untuk makluman YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan/ Puan, tujuan program ini diadakan adalah untuk; 1. Menyampaikan informasi penting dan memastikan semua warga universiti mendapat pemahaman yang sama tentang isu-isu terkini dan perubahan yang akan berlaku dalam pengurusan kewangan; 2. Sebagai salah satu agenda untuk pengukuhan integriti dan pematuhan terhadap peraturan kewangan dan perakaunan UPM, 3. Memperkasa perkhidmatan kewangan untuk mencapai matlamat 3P (Penjanaan, Penjimatan dan Produktiviti) melalui usaha kolaborasi bersama PTJ dengan mengenalpasti bidang tujahan yang boleh diterokai untuk meningkatkan penjanaan pendapatan dan penjimatan universiti; 4. Sebagai satu platform pertukaran idea dan perbincangan berkenaan pengurusan kewangan serta memperkukuh kerjasama antara bahagian secara kreatif dan inovatif untuk peningkatan produktiviti supaya operasi kewangan di PTK diurus dengan optimum dan mampan; dan 5. Membangun kepercayaan melalui ketelusan maklumat secara jujur dan terbuka sewaktu town hall diadakan sekaligus mengurangkan spekulasi dan memberi pemahaman yang lebih baik berkaitan pengurusan kewangan. Sehubungan itu, sesi town hall ini disasarkan kepada semua Dekan, Pengarah, Pegawai Kanan Universiti, Ketua Pusat Tanggungjawab, Ketua Pentadbiran, Ketua Bahagian, Pegawai Tadbir dan mana-mana pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan hal-ehwal kewangan di Pusat Tanggungjawab. Untuk pertanyaan, dan mengisi borang maklumbalas kehadiran boleh berhubung dengan. Puan Nurhidayah Md. Yasin 03-97696214 (emel:my_hidayah@upm.edu.my) dan juga Puan Nurul Nazaton Abd Aziz 03-97693504 (emel:naza_rul2000@upm.edu.my). Terima kasih di atas perhatian YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan/ Puan. Sekian.

Updated:: 02/06/2023 [azizal]

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEeEAy~