BENGKEL PENGURUSAN PEROLEHAN 2020 | PEJABAT BURSAR
» ARTIKEL » BENGKEL PENGURUSAN PEROLEHAN 2020

BENGKEL PENGURUSAN PEROLEHAN 2020

Seminar Pengurusan Perolehan 2020 dilaksanakan bagi memastikan warga UPM memahami dan mematuhi tatacara perolehan yang berkuatkuasa. Rujukan Pekeliling Kerajaan yang sentiasa dikemaskini oleh Perbendaharaan Malaysia melalui portal Pekeliling Perbendaharaan yang boleh dicapai di laman sesawang  http://ppp.treasury.gov.my/ perlu diberi penerangan kepada semua warga UPM. Pejabat Bursar telah menganjurkan Seminar Pengurusan Perolehan di Auditorium Hospital Pengajar UPM pada 28 Januari 2020 yang dihadiri 366 orang pegawai daripada kategori Pengurusan & Profesional Akademik dan Bukan Akademik serta staf pelaksana dari semua Pusat Tanggungjawab. 

Bagi memastikan pemahaman yang  lebih jitu oleh peserta yang hadir, Pejabat Bursar telah menjemput wakil daripada daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang sangat berpengalaman dalam bidang perolehan dan dasar iaitu Encik Taufik Mohamed Mustafa dan Cik fara Anwary .  Selain itu Ketua Bahagian Audit Dalam juga telah berkongsi mengenai hasil penemuan audit perolehan yang telah dilaksanakan di beberpa PTJ. Ketua Bahagian Kewangan Perolehan, Puan Norlian Ismail turut mengambil peluang untuk membentangkan berkenaan pengutkuasaaan SOP perolehan yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

Seminar Perolehan telah  berjaya memberikan informasi lebih jelas mengenai prinsip, dasar dan kaedah perolehan serta pengurusan pentadbiran kontrak perolehan oleh Pusat Tanggungjawab di UPM.    Peserta seminar juga diberi pendedahan mengenai penemuan ketidak akuran oleh audit dalaman universiti dan bagi mengelakkan ketidak akuran yang sama berulang semula.  Pejabat Bursar komited dalam memastikan semua pegawai dan staf universiti mendapat latihan yang berterusan dalam hal ehwal urusan perolehan di peringkat PTJ.

Tarikh Input: 31/12/2020 | Kemaskini: 31/12/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdNAk~