LEMBAGA PEROLEHAN | PEJABAT BURSAR
» PERKHIDMATAN » JAWATANKUASA » LEMBAGA PEROLEHAN

LEMBAGA PEROLEHAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Lembaga Perolehan (LP) bertanggungjawab untuk perkara berikut:

  1. Mempertimbang dan menyetuju terima semua perolehan bernilai melebihi RM500,000 sehingga RM100 juta dengan syarat keputusan hendaklah sebulat suara;
  2. Memeriksa dan meneliti pendaftaran dengan Kementerian Kewangan atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) iaitu Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) (jika berkaitan), salinan iklan, spesifikasi tender, dokumen tender (jika perlu), jadual tender yang disediakan oleh Jawatankuasa Pembukaan Tender, laporan penilaian teknikal dan laporan penilaian kewangan dan lain-lain;
  3. Memastikan semua pelawaan tender mematuhi tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.
  4. Menyemak keupayaan teknikal dan kewangan petender;
  5. Mempertimbang dan memutuskan tender yang paling menguntungkan dengan mengambil kira harga, perkhidmatan atau kegunaan barangan, kuantiti, kualiti, tempoh penyerahan atau penyiapan, kos penyelenggaraan dan faktor-faktor lain yang berkaitan;
  6. Memutuskan untuk menender semula atau mengesyorkan kaedah perolehan yang lain, jika Lembaga Perolehan mendapati tatacara perolehan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan atau mengesyaki perkara luar aturan berlaku;dan
  7. Mempertimbang dan menyetuju terima mana-mana sebut harga yang diperakukan oleh Jawatankuasa Sebut Harga yang melebihi had nilai sebut harga.

 

KEKERAPAN MESYUARAT

LP akan bermesyuarat pada setiap bulan seperti berikut:-

 

KEAHLIAN LP

Keahlian LP adalah seperti berikut:-

Pengerusi

:

Naib Canselor

Setiausaha

:

Bursar

Ahli

:

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sebagai Pengerusi ganti semasa ketidakhadiran Naib Canselor

 

 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

 

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

 

 

Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan

 

 

Wakil Ketua Setiausaha Kementreian Pendidikan Malaysia

 

 

Seorang Dekan dari mana-mana Fakulti

 

 

Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (jika menimbang tender untuk Hospital Pengajar UPM)

 

 

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan/Fakulti Perubatan Veterinar (jika menimbang tender untuk Hospital Pengajar UPM)

 

 

Jika perlu, seorang pegawai awam dari Agensi lain yang boleh memberikan sumbangan kepada Lembaga Perolehan dari segi pengetahuan/pengalamannya dalam bidang tertentu mengikut keperluan perolehan

 

PENYERAHAN KERTAS PERTIMBANGAN

Pemohon hendaklah menghantar laporan penilaian sebut harga atau kertas pertimbangan sebanyak bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan mesyuarat hendaklah dibuat di dalam format yang telah ditetapkan:

Tempoh penghantaran Kertas Cadangan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat. 

Kertas kerja yang dikemukakan melewati tarikh tersebut akan hanya   dipertimbangkan pada mesyuarat yang akan datang. Kertas kerja lengkap tersebut perlu dikemukakan kepada:-

Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan  
Tingkat 2, Pejabat Bursar 
Bangunan Canselori Putra  
Universiti Putra Malaysia  
43400 Serdang, Selangor 
(u.p: Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Perolehan)

Kemaskini:: 21/12/2023 [azizal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXERAAR~