PERSEDIAAN KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM KEWANGAN | BURSAR OFFICE
» NEWS » PERSEDIAAN KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM KEWANGAN

PERSEDIAAN KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM KEWANGAN

SERDANG – 4 April 2023 : Pejabat Bursar UPM telah mengadakan latihan penggunaan sistem kewangan yang baru iaitu Sistem Government Resource Planning (GRP) yang telah bermula pada 4 April 2023 sehingga 18 Mei 2023. Tujuan latihan ini diadakan adalah bagi persediaan sebelum penggunaan secara ‘live’ yang dijangkakan bermula pada bulan Julai 2023.  Semua staf Pejabat Bursar diwajibkan untuk mengikuti latihan ini mengikut modul-modul yang telah ditetapkan. Antara modul yang terlibat adalah General Ledger, Project Costing, Payroll, Account Payable, Account Receivable, Fixed Asset, Front End Receipting, Budget Control, Claim and Advance, Loan, Investment, Cash Book, Student Accounting System (SAS) dan Purchasing.  Latihan sistem GRP ini diadakan di makmal computer Alpha (IDEC) dan makmal computer Fakulti Veterinar. Latihan ini masih berterusan dan akan disambung semula selepas cuti  hari raya Aidilfitri. Berikut adalah jadual latihan mengikut modul yang diadakan.

Date of Input: 30/04/2023 | Updated: 30/04/2023 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaLAV~