LATAR BELAKANG | PEJABAT BURSAR
» MENGENAI KAMI » LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Latar belakang

Pejabat Bursar merupakan jabatan yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kewangan kepada Universiti Putra Malaysia. Pengwujudan Pejabat Bursar ini selaras dengan penubuhan Universiti yang memberi perkhidmatan kewangan yang merangkumi pengurusan belanjawan, pengurusan perolehan, pengurusan pembayaran, pengurusan aset, pengurusan hasil dan penjanaan serta pengurusan akaun.

Untuk memantapkan lagi perkhidmatan kewangan Pejabat Bursar telah melaksanakan penubuhan pengurusan operasi berpusat iaitu Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat di bangunan baharu yang dahulunya diduduki oleh Sekolah Pengajian Siswazah 2 mulai 1 Ogos 2017. Tujuan penubuhan ialah untuk memastikan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan PTJ dilaksanakan oleh beberapa pegawai dan staf kewangan lebih efisyen dan efektif apabila berfokuskan kepada PTJ dengan tujuan untuk mempercapatkan proses pembayaran dan perolehan . Skop perkhidmatan kewangan lebih kepada peringkat operasi iaitu memproses penyediaan pesanan belian, memproses pembayaran, penyediaan laporan dan maklumat kewangan serta memberi khidmat nasihat kepada PTJ

Bagi terus mempertingkatkan lagi perkhidmatan, Penggubalan Peraturan Kewangan dan Perakaunan yang telah diterima pakai pada tahun 2002, Penggunaan sistem kewangan Standard Accounting system for government Agency (SAGA). Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), ISO 9001:2015 dan mengadakan kaunter khidmat pelanggan Bendahari III yang dilaksanakan pada tahun 2003 terus diberi perhatian secara berterusan.

Berdasarkan cadangan dan pandangan pengguna Pejabat Bursar terus mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kewangan dengan penubuhan Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat dalam tahun 2017 . Penstrukturan ini menjadi lebih berkesan apabila beberapa sistem dapat digunakan sepenuhnya seperti :

  1. Sistem bayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT).
  2. E-Claims.
  3. UPM Payment Gateway System
  4. E-Sehat (Sistem Sebutharga dan Tender) 

Pejabat Bursar mengambil pendekatan  untuk pertingkatkan sistem teknologi dengan melaksanakan sistem untuk kutipan hasil (cash billing system) dan menambahbaik sistem SAGA serta mengadakan sistem untuk pemantauan hutang (debt collection management system).

Tanggungjawab Pejabat Bursar terus dipertingkatkan digembelengkan selaras dengan Universiti Putra Malaysia sebagai Universiti penyelidikan, kepentingan perananya perlu diberi keutamaan supaya perkhidmatan kewangan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan seperti tertubuhnya;

  1. Bahagian Kewangan Pengurusan Belanjawan dan Penjanaan 
  2. Seksyen Kewangan Hospital Pengajar UPM
  3. Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil 

Ini adalah selaras dengan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan di dalam Plan Strategi Universiti iaitu untuk menjana dan mengurus sumber kewangan Universiti  secara cekap dan berkesan. Sehingga kini struktur Pejabat Bursar terbahagi kepada 10 bahagian yang terdiri daripada

  1. Bahagian Kewangan Pengurusan Belanjawan dan Penjanaan 
  2. Bahagian Kewangan Kemudahan Staf 
  3. Bahagian Kewangan Perakaunan 
  4. Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat 
  5. Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan
  6. Bahagian Kewangan Pembangunan
  7. Bahagian Kewangan Pengurusan Aset 
  8. Bahagian Kewangan Pengurusan Penyelidikan
  9. Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil 
  10. Bahagian Kewangan UPMKB 

Kemaskini:: 07/10/2019 [azizal]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcRAa~