BURSAR OFFICE PARTICIPATION IN SUKRIM 2024 | BURSAR OFFICE
» NEWS » BURSAR OFFICE PARTICIPATION IN SUKRIM 2024

BURSAR OFFICE PARTICIPATION IN SUKRIM 2024

SERDANG – 6 September 2024: Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Kejohanan Sukan Jabatan Bendahari Universiti Awam Malaysia 2024 Kali Ke-4 (SUKRIM) yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM). Kejohanan ini diadakan selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 September 2024, dengan penyertaan daripada 18 universiti. Acara ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Zainuddin.

 

Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, memperkukuh hubungan silaturahim antara jabatan bendahari dari pelbagai universiti, dan menyediakan platform bagi peserta untuk menunjukkan bakat serta meningkatkan kecergasan fizikal mereka.

 

Kontingen Pejabat Bursar, yang diketuai oleh Puan Mazitah Ahmad selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar, terdiri daripada 30 peserta yang bertanding dalam enam acara: boling tenpin (kategori individu VIP dan berpasukan campuran), futsal, badminton, dart, dan korum.

 

Pejabat Bursar UPM berjaya meraih pingat emas dalam acara dart perseorangan Wanita, yang disumbangkan oleh Puan Kamalliah Muhammad Shukor.

 

Sebagai penutup, UPM telah diumumkan sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Sukan Jabatan Bendahari Universiti Awam Malaysia 2026 Kali Ke-5 (SUKRIM).

Date of Input: 19/09/2024 | Updated: 19/09/2024 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
F, (07:58:57pm-08:03:57pm, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]