KNOW YOUR FINANCIAL STATUS THROUGH THE ROAD TO FINANCIAL FREEDOM PROGRAM | BURSAR OFFICE
» NEWS » KNOW YOUR FINANCIAL STATUS THROUGH THE ROAD TO FINANCIAL FREEDOM PROGRAM

KNOW YOUR FINANCIAL STATUS THROUGH THE ROAD TO FINANCIAL FREEDOM PROGRAM

Serdang, 13 Julai 2022- Umum tahu bahawa situasi kewangan semasa adalah sangat mencabar kepada semua golongan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pejabat Bursar dengan kerjasama Seksyen Latihan Pejabat Pendaftar telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Road to Financial Freedom yang telah diadakan secara atas talian dan juga boleh ditonton melalui facebook Pejabat Bursar UPM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Hajjah Izariahwati binti Mohd Isa, Bursar UPM.

Bebas kewangan mungkin memberi maksud yang berbeza pada individu yang berbeza tetapi menurut pandangan oleh Zig Ziglar tentang bebas kewangan ialah “Anda akan mempunyai segala-galanya dalam hidup anda sekiranya anda boleh membantu orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki dalam hidup mereka”. Islam juga menyarankan untuk mencapai kebebasan kewangan melalui firman Allah SWT; “Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali’Imraan:133 – 134).

Program Road to Financial Freedom telah dikendalikan oleh Encik Khairi Aizat bin Hassan, Jurulatih Kewangan bertauliah daripada KAC Wealth Sdn Bhd selama 3 jam khusus untuk membantu pekerja UPM mendapat kesedaran terhadap kesan yang dihadapi jika potongan gaji untuk membayar hutang setiap bulan tinggi. Beliau juga turut berkongsi beberapa jalan penyelesaian untuk cepat mencapai bebas kewangan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan kehadiran peserta lebih daripada 500 orang yang mengikuti secara atas talian dan juga menerusi tontonan di Facebook Pejabat Bursar. Rata-rata peserta amat berpuashati mengikuti program yang menarik ini dan pihak urusetia berkeyakinan peserta telah mendapat info yang sangat bermanafaat untuk mengetahui bagaimana memperbaiki atau mengurus kewangan dengan berkesan supaya kehidupan lebih sejahtera apabila tidak dibelenggu dengan masalah keterhutangan yang menyesakkan.

Antara tujuan Program Road to Financial Freedom ini diadakan ialah, apabila diakhir program peserta dapat;

  1. Mengenalpasti status kewangan melalui status hutang sendiri;
  2. Memberi alternatif penyelesaian hutang; dan
  3. Alternatif untuk pendapatan tambahan dan bebas kewangan.

Melalui program ini Encik Khairi Aizat atau sinonim dengan panggilan KA sahaja telah berkongsikan 5 modul utama untuk mencapai bebas kewangan iaitu;

  1. Periksa tahap kesihatan kewangan;
  2. Fahami financial freedom;
  3. Empat (4) proses penambahbaikan kewangan;
  4. Perancangan holistic financial freedom; dan
  5. My Financial Freedom Blueprint.

Pihak pengajur percaya selepas ini peserta yang telah mengikuti program ini akan meningkat pengetahuan dan kefahaman mereka untuk memelihara kesihatan kewangan yang lebih stabil dengan cara inovatif untuk bebas kewangan seperti yang dipelajari melalui penceramah berpengalaman ini. Hiduplah mengikut kemampuan, merancang untuk masa hadapan serta mempunyai wang yang cukup sebelum mendapatkan sesuatu tanpa dibelenggu dengan hutang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 14/07/2022 | Updated: 14/07/2022 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETQAB~