Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
2. Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan bid dokumen baharu menggunakan format CS Mapper bagi kesemua perolehan sebut harga dan tender termasuk pembelian terus di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) akan mula berkuatkuasa bagi perolehan yang diiklankan mulai 1 September 2026.
3. Sehubungan dengan itu, bagi mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi di PTJ yang diadakan pada atau selepas 17 Ogos 2026, pihak tuan/puan hendaklah memastikan penyediaan salinan lembut bid dokumen iaitu Borang Tawaran Harga dan Senarai Spesifikasi menggunakan format baharu tersebut. Pihak tuan/puan juga boleh merujuk kepada beberapa template yang telah disediakan termasuk manual pengguna melalui pautan di bawah:-
Pautan Template/Manual CS Mapper:
LAMAN WEB PEJABAT BURSAR » MUAT TURUN DOKUMEN » SISTEM KEWANGAN PUTRA FINANCE DAN SISTEM SOKONGAN » TINDAKAN PUSAT TANGGUNGJAWAB » SISTEM TENDER WIZARD » CS MAPPER
atau
| Bil | Lokasi | Kaedah | Tarikh Mula (Hari) | Status Dokumen |
| 1 | Hospital Sultan Abdul Aziz Shah | Pembelian Terus | 1 September 2026 (Selasa) | Permohonan perolehan pembelian terus kepada Jabatan Kewangan HSAAS mulai 17 Ogos 2026, Bid Dokumen perlu menggunakan format CS Mapper. |
| 2 | Semua | Sebut Harga/Tender | 1 September 2026 (Selasa) |
a) Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi pada atau selepas 17 Ogos 2026 – Bid Dokumen (Spesifikasi dan Borang Tawaran Harga) perlu menggunakan format CS Mapper. b) Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi sebelum 17 Ogos 2026 & Dokumen permohonan iklan diterima sebelum 1 September 2026 – Bid Dokumen (Spesifikasi dan Borang Tawaran Harga) menggunakan format asal. c) Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi sebelum 17 Ogos 2026 & Dokumen permohonan iklan diterima pada atau selepas 1 September 2026 – Bid Dokumen (Spesifikasi dan Borang Tawaran Harga) perlu menggunakan format CS Mapper. |
Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar di talian 03-97694175/6239/6230/3563/
Sekian, Terima kasih.
Semua Pegawai Universiti Putra Malaysia adalah digalakkan untuk mengakses Google Site
Sudut Maklumat Pengurusan Aset untuk mendapatkan informasi berkaitan Proses
Pengurusan Aset di UPM.
Google Site boleh di akses menggunakan UPM-ID melalui capaian
https://sites.google.com/upm.edu.my/pengurusanaset/home.
Selain itu, Google Site Sudut Maklumat Pengurusan Aset boleh didapati melalui Laman Web
Pejabat Bursar.
Sudut Maklumat Pengurusan Aset
Sekian, terima kasih
Bahagian Kewangan Pengurusan Aset
MAKLUMAT LANJUT: https://www.tenderwizard.my/UPM
MAKLUMAT LANJUT: eJOBS
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.