PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON -FINANCE (PROFINOF) | BURSAR OFFICE
» NEWS » PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON -FINANCE (PROFINOF)

PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON -FINANCE (PROFINOF)

Serdang-29 Disember 2021: Usaha selama hampir 2 tahun oleh Pejabat Bursar UPM untuk menyediakan modul kewangan bagi rujukan penjawat awam bukan kewangan membuah hasil apabila telah berjaya menganjurkan program Professional Finance For Non -Finance (ProFiNoF) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Disember 2021 secara dalam talian dengan menggunakan platform Zoom. Program selama dua hari ini berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Penganjur sangat berbesar hati menerima penyertaan daripada pegawai pengurusan tertinggi bukan kewangan (Non-Finance Manager) dari 18 buah Universiti Awam iaitu antaranya seperti Universiti islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Ini melibatkan seramai 41 orang peserta hadir pada 7 Disember 2021 manakala 33 orang peserta hadir pada 8 Disember 2021.

 

Enam (6) tajuk pembentangan mengikut proses utama pengurusan kewangan dibentangkan dan disampaikan oleh enam (6) penceramah iaitu:

Tajuk 1 : Anggaran Perbelanjaan Tahunan (Puan Siti Amira Binti Shukor)

Tajuk 2 : Kemampanan Kewangan dan Pengurusan Hasil (Puan Mazitah Binti Ahmad)

Tajuk 3 : Perolehan Memacu Pengajaran dan Penyelidikan (Puan Norlian Binti Ismail)

Tajuk 4 : Ketelusan dan Akauntabiliti dalam Pembayaran (Yusnawati Binti Mat Isa)

Tajuk 5 : Pemantapan Pengurusan Aset (Encik Mohd 'Akhi Bin Abu Bakar)

Tajuk 6 : Penyata Kewangan Indikasi Kelestarian Pengurusan Universiti (Puan Nur Asriati Binti Jasmi)

 

Program ProFiNoF dirasmikan oleh Timbalan Pengarah AKEPT, Prof Madya Dr. Azila Ahmad Sarkawi pada 7 Disember 2021 dan ditutup secara rasmi oleh mantan Bursar UPM iaitu YBhg. Dato Zulkiflee Othman pada 8 Disember 2021. 

Tujuan penganjuran program Professional Finance For Non -Finance (ProFiNoF) tercapai apabila berjaya menyampaikan dan menerangkan kandungan modul Professional Finance For Non-Finance (ProFiNoF) yang telah dibangunkan oleh Pejabat Bursar UPM bersama kerjasama AKEPT kepada semua peserta dan mendapat maklumbalas positif dan memberansangkan daripada peserta

Date of Input: 29/12/2021 | Updated: 29/12/2021 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETMAx~