SENIOR DEPUTY BURSAR MEETING | BURSAR OFFICE
» NEWS » SENIOR DEPUTY BURSAR MEETING

SENIOR DEPUTY BURSAR MEETING

SERDANG, 22 Oktober 2021 – Perutusan bertajuk Komitment Individu, Kerjasama Berpasukan menjadi intipati utama kepada perjumpaan Timbalan Bendahari Kanan Bersama Warga Kerja Pejabat Bursar pada petang Jumaat lalu. Disampaikan oleh Puan Hajah Izariahwati Mohd Isa, yang kini menjalankan fungsi Bursar, beliau menyeru agar semua warga kerja Pejabat Bursar bersatu hati dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Amanat dan perkongsian beliau ini menjadi pemangkin dan semangat dalam mencorak budaya kerja cemerlang, gemilang dan terbilang Pejabat Bursar keseluruhannya.

Perjumpaan ini juga turut diselitkan dengan slot meraikan Puan Norlian Ismail yang bakal bersara secara rasmi pada 25 Oktober 2021. 39 tahun perkhidmatan di UPM dengan jawatan terkini sebagai Timbalan Bendahari di Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan menjadikan beliau salah satu ikon yang disegani, disayangi dan disanjungi oleh warga Pejabat Bursar. Ilmu dan pengalaman beliau yang luas serta banyak membantu jabatan sangat dihargai dan sukar diganti. Menyerikan lagi majlis adalah paduan istimewa daripada Puan Norlia Jaafar dan En Syed Kahar Muzakkir dengan membawa lagu bertajuk Gurindam Jiwa dan diikuti dengan nyanyian daripada Puan Norlia Jaafar dengan lagu berjudul Selamat Tinggal Bungaku.

Majlis diakhiri dengan ketikan terakhir Puan Norlian Ismail di laman perakam waktu yang turut disaksikan oleh 113 warga kerja Pejabat Bursar kampus Serdang dan Bintulu secara atas talian dan suapan terus Facebook (live FB). Kepada beliau, seisi warga kerja Pejabat Bursar mengucapkan selamat bersara dan semoga sentiasa sihat serta bahagia di bawah peliharaanNya.

 

Kalau ada sumur di ladang

Bolehlah kami menumpang mandi

Kalau ada umur nan panjang

Boleh kita berjumpa lagi.

 

Puan Norlian Ismail. Jasamu dikenang.

 

Date of Input: 12/11/2021 | Updated: 01/12/2021 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEZNAn~