Visit To Gallery Of Waste To Art SWCORP Cyberjaya | BURSAR OFFICE
» PROGRAMME » EKSA BURSAR'S OFFICE » Visit To Gallery Of Waste To Art SWCORP Cyberjaya

Visit To Gallery Of Waste To Art SWCORP Cyberjaya

Cyberjaya, 12 Mac 2020 – Seramai tiga puluh (30) staf Pejabat Bursar telah mengadakan lawatan ke Galeri Waste to Art SWCorp yang terletak di Cyberjaya. SWCorp merupakan agensi kerajaan yang telah memperolehi persijilan EKSA daripada MAMPU dan terlibat secara langsung di dalam amalan 3R. Kunjungan tersebut bertujuan untuk bertukar pandangan dan mendapatkan idea tentang inisiatif yang dilakukan oleh SWCorp mentransformasikan pelbagai barangan terbuang dan terpakai yang boleh dipelbagai gunakan secara kitar semula. Inisiatif ini dilihat boleh membantu negara mengurangkan pencemaran udara dan memelihara alam semulajadi untuk kehidupan yang lebih baik.

Peserta lawatan telah diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan SWCorp oleh Ketua Pengarah Bahagian Korporat YBhg. Encik Zainal Fitri bin Hj Ahmad iaitu;

  1. Penguatkuasaan undang-undang bagi pengasingan sisa pepejal
  2. Pendidikan kepada masyarakat
  3. Teknologi di dalam Pengurusan Sisa Pepejal
  4. Kempen Kesedaran Awam

Antara lain intipati taklimat beliau ialah pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca yang mula dikuatkuasa secara berperingkat dan telah pun dilaksanakan di beberapa buah negeri. Kerajaan berharap amalan pengasingan sisa di punca ini mampu menambahbaik tahap kitar semula negara.

Peserta lawatan juga telah diberi penerangan berkenaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di SWCorp oleh Puan Zaiton yang juga satu perkongsian yang menarik kepada semua peserta. Setelah itu, peserta telah di bawa melawat ke ruang Galeri Waste To Art SWCorp yang mempamerkan arca dan hasil kreativiti daripada barang kitar semula. Kemudian peserta juga telah diberi taklimat dan penerangan mengenai fungsi Bilik Kawalan C4i yang berperanan terhadap kawalan pembuangan dan pembersihan sisa pepejal secara online.

Separuh hari berada di SWCorp memberi inspirasi yang sangat bermakna kepada semua peserta lawatan daripada Pejabat Bursar dan masing-masing begitu teruja dengan perkongsian ilmu yang menarik daripada pihak SWCorp. Diharap lawatan ini dapat membuka minda peserta dan pemindahan ilmu yang diperolehi dapat direalisasikan di Pejabat Bursar selepas ini.

klik Galeri Gambar

Updated:: 04/12/2020 [aini_abd]

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFZPAj~