Picnic With Bursarians | PEJABAT BURSAR
» PROGRAM » KSKB » Picnic With Bursarians

Picnic With Bursarians

Satu program  riadah anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Bursar (KSKB) di kalangan warga Pejabat Bursar dan ahli keluarga telah diadakan pada 5 Mei 2018 di Bukit Ekspo UPM. 

Program yang dinamakan Picnic  With Bursarian merupakan sukaneka yang melibatkan staf dan keluarga. Aktiviti hari itu dimulakan dengan kawad perbarisan oleh 4 kumpulan dibahagikan mengikut zon dan seksyen iaitu :-
 
  • Hitam-hitam si tampuk manggis
  • Putih-putih melati
  • Biru mata hitamku
  • Si pipi merah
 
Antara aturcara yang menarik ialah senamrobik berirama , pertandingan mewarna serta  jigsaw puzzle untuk si cilik dan pelbagai aktiviti sukaneka untuk mereka yang turut serta.
 
Kemuncak program ialah apabila pegumuman pemenang kawad perbarisan yang dijuarai oleh 'Hitam-hitam si tampuk manggis'. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Bursar sendiri iaitu Encik Zulkiflee Othman.
 
Picnic With Bursarian ternyata merupakan satu program yang berjaya kerana penganjur iaitu KSKB bijak memilih tempat,tema dan acara bagi menceriakan staf dan sesuai dengan seisi keluarga.

Pautan ke Galeri Gambar

Pautan ke Facebook KSKB

Kemaskini:: 08/10/2019 [azizal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdKAy~