Raya Gift Set 2020 | PEJABAT BURSAR
» PROGRAM » KSKB » Raya Gift Set 2020

Raya Gift Set 2020

Selaras dengan langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19 di kalangan masyarakat Malaysia, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2020 bersama ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) tidak dapat dilakukan pada tahun ini. 

Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak dapat dilakukan, Ahli Jawatankuasa KSKB tetap mengambil inisiatif dengan memberikan sumbangan ‘Raya Gift’ kepada semua ahli KSKB sempena menggantikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tidak dapat dilaksanakan. ‘Raya Gift’ berupa set ‘Microwaveable Round Click To Go Tupperware’ berserta sebiji kek dan keychain telah diagihkan pada 26 Jun 2020 kepada semua 165 ahli KSKB yang berdaftar.


Semoga dengan pemberian ‘Raya Gift’ ini, sedikit sebanyak dapat menggembirakan dan menceriakan hati semua ahli KSKB terutamanya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga disebabkan tiada kelulusan untuk merentas negeri berikutan wabak Covid 19.


Marilah kita sama sama berdoa semoga wabak ini berjaya ditangani dengan segera dan kita dapat menjalani kehidupan dengan rasa selamat. Sehingga itu, semoga kita tabah untuk menjalani kehidupan dengan norma baharu.

Staysafe

#Kitajagakita

 

pautan gambar di sini

 

Kemaskini:: 08/07/2020 [aini_abd]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETTAc~